Esok belum tentu lagi beraya bagi anak-anak Palestin ini , mereka akan tempoh pelbagai dugaan dan cabaran sedangkan anak kita beraya sakan sampai ada yang lupa adap ketimuran . Bagi anak-anak Palestin apa yang mereka inginkan pada pagi raya esok adalah tidak mahu ada satu tembakan , letupan , pembunuhan oleh askar laknat zionis cilaka . Biarlah kali ini takbir raya berkumandang dengan lunaknya di masjid-masjid tanda kemenangan mereka . Esok kita akan menyambut raya dengan suasana aman sekali jauh berbeza dengan mereka di sekitar bumi Palestin ini . Berbeza sekali dengan cara remaja kita menyambut lebaran ini dengan remaja Palestin .
Rabu , 08/09/2010 – Tentera Zionis Israel telah menceroboh rumah kedua milik penduduk Palestin bernama Salem Salaima berhampiran penempatan Israel, Kiryat Arba di sebelah timur Hebron, Tebing Barat. Tentera Israel telah mengambil alih rumah lain berdekatan penempatan tersebut atas milik penduduk bernama Numan Shabana di kawasan berhampiran dengan jalan Bani Naim. Saksi tempatan mengesahkan sekitar 15 tentera Zionis Israel menyerang rumah pada waktu subuh dan menghalau pemilik keluar dari rumah mereka dan memaksa mereka untuk duduk di bilik bawah rumah terbabit. sumber palestinkini .
0 comments:
Post a Comment