Tulkarm-Infopalestina: Pasukan penjajah Israel membantai mujahid Al-Qassam, Iyadh Syalbaya (37) di kem Nursyam daerah Tulkarem selepas penggerebegan rumahnya di kem tersebut.
Sumber yang ada di brigade Izzuddin Al-Qassam menyebutkan kepadaInfopalestina, hari ini Jumat (17 / 9) bahawa pasukan penjajah sengaja membantai mujahid Syalbaya dari jarak dekat selepas berlakunya perlawanan.
Koresponden Infopalestina menyebutkan, aksi penggerebegan dan pemeriksaan oleh pasukan penjajah di bandar ini telah menangkap 15 pimpinan dan kader Hamas.Penjajah Israel menggunakan pasukan infantry dan peluru tajam serta bom bunyi ke rumah-rumah penduduk.
Koresponden kami menyebutkan, di antara mereka yang ditangkap adalah Syaikh Muhammad Al-Ghaul (Abul Arqam), Muhammad Abu Diah (Abu Yazid), Taisir Al-Jabir, Usaid Arif, Ahmad Al Usas, nidhal Abu Dzarifah, Kamal, Muhammad Masyariqah, nidhal Al- Qalaq, Asyraf Faudah dan Muhammad Abul Khair.
Pasukan penjajah menggunakan lebih dari 15 kenderaan tentera yang diletakan di gerbang masuk kem semenjak permulaan operasi. Pasukan ini ditopang penuh oleh tentera infantry dan pasukan khas. (Qm)
0 comments:
Post a Comment