Menyatakan 1 hasrat yang didorong sifat tamak maka mereka yang jahil agama pendek akal telah menyatakan 1 hasrat mereka mesti dipenuhi walau apa cara sekali pun . Segalanya mesti diperolehinya dengan alasan aku berusaha dengan lebih gigih dari kamu maka aku berhak untuk memperolehinya .
Sekolah tinggi hingga mendapat 1 gulung ijazah telah merubah segala yang ada dalam diri mereka . Pada hal 1 harapan telah diharapkan oleh kedua orang tua mereka untuk membantu pada waktu yang amat diperlukan walaupun bukan nak mengharapkan sangat segunung duit gaji daripada anaknya , cuma pengharapan 1 makna kasih sayang yang amat diperlukan . Makna yang tersirat hanya kedua orang tuanya sahaja mengetahui apa yang diinginkannya .
Kejahilan , kebodohan , kebanganan mereka telah melupakan janji mereka pada awalnya sebelum jejak kaki ke menara gading yang telah mereka lafaskannya . Anggapan mereka 1 impian mereka telah tercapai dengan tanpa bantuan sesiapa pun . Lantaran itu jadilah ia seorang ketua segala organisasinya seperti ketam mengajar anaknya berjalan .
Pada mereka 1 itu dia yang ampunya , tanpa rasa malu pada diri 1 itu telah diberitahu melalu kitab yang 1 yang maha agung besarnya fadilatnya . 1 itu ampunya maha agung , maha berkuasa di alam ini . 1 itu ampunya yang menjadikan alam ini siang dan malam .
Perkara 1 dalam rukun pun tidak mahu diingatnya oleh anak muda sekarang tapi hiburan dunia no 1 mesti mereka lakukan . Oleh itu sama-samalah kita perelokkan dalam setiap apa jua permasalahan no 1 dalam diri sendiri supaya kelak ditempatkan dengan orang-orang yang beriman beserta amalan yang melebihi 1 perkara .
0 comments:
Post a Comment