kapal kemanusiaan Irene |
Sumber-sumber Palestin menyebutkan Angkatan Laut Israel menahan kapal kemanusiaan “Irene” yang menuju Semenanjung Gaza. Kapal ini membawa para aktivis Israel berserta bantuan kemanusiaan. Kapal tersebut seterusnya diiring ke pelabuhan Asdod, Israel.
Pihak “Kempen Antarabangsa Menentang Sekatan”, Selasa (28/9), sebelumnya mengatakan bahawa Angkatan Laut Israel telah meminta para aktivis yang ada di atas kapal Irene untuk mengubah arah ke pelabuhan Israel Asdod. Koordinator “Kempen Antarabangsa Menentang Sekatan”, Amjad Shawa sebelumnya juga menegaskan bahawa kapal tersebut masih bergerak menuju Semenanjung Gaza.
Jawatankuasa Rakyat Anti Sekatan dalam pernyataannya mengecam tindakan angkatan laut Israel terhadap kapal kemanusiaan “Irene”. Israel harus bertanggungjawab atas nyawa para aktivis dan wartawan tersebut. Jawatankuasa tersebut menyeru masyarakat antarabangsa, pihak berkaitan, pihak bertanggungjawab dan seluruh warga dunia yang bebas untuk campur tangan segera demi melindungi aktivis kemanusiaan serta menjamin ketibaanya di Semenanjung Gaza.”
Perbelanjaan kapal Irene ini menelan belanja lebih dari 23,500 Euro yang disumbangkan oleh pelbagai organisasi Yahudi Eropah yang menyeru perdamaian yang adil. Tedapat 10 orang aktivis perdamaian Israel di atas kapal tersebut bersama dua orang wartawan.
0 comments:
Post a Comment