2010-09-15

Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said Tokoh Utama Menentang Penjajah Di Naning .

/ On : 12:12 PM/ Terimakasih telah menyempatkan waktu untuk berkunjung di BLOG saya yang sederhana ini. Semoga memberikan manfaat meski tidak sebesar yang Anda harapakan. untuk itu, berikanlah kritik, saran dan masukan dengan memberikan komentar. Jika Anda ingin berdiskusi atau memiliki pertanyaan seputar artikel ini, silahkan hubungan saya lebih lanjut via e-mail di cekotet@yahoo.com.
Datuk Dol Said dikenali juga sebagai Datuk Naning , merupakan penghulu Naning pada tahun 1802. Beliau telah menentang British pada tahun 1831 dan 1832 kerana pihak Inggeris mengenakan cukai 1/10 keatas hasil tanaman di daerah Naning yang mana sebelum ini tidak pernah dikenakan cukai. Dengan ini berlakulah pertempuran yang dikenali dalam sejarah Negara sebagai perang Naning yang mengorbankan ramai pahlawan Melayu ketika itu. Datuk Dol Said telah kalah dalam peperangan tersebut dan menyerah kalah kepada Inggeris pada tahun 1834.

Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said berasal daripada keterunan suku Semelanggang. Beliau telah dilantik menjadi penghulu yang baru selepas Dato Anjak meninggal dunia. Naning ialah sebuah kawasan penempatan minangkabau yang kecil terletak antara N.Sembilan dengan Melaka. Dol Said menganggap kuasa dan kewibawaannya dicabar oleh British kerana beliau pemerintah bebas. Tindakan British telah mencabar kedudukan tradisi penghulu Dol Said. Beliau tidak dibenarkan menghakimi kes-kes jenayah di Naning lagi kerana beliau telah diberi amaran dan dituduh tidak mematuhi arahan British di Melaka. Naning telah diletakkan di bawah negeri Melaka dan diperintah oleh British.

0 comments:

Post a Comment

Share |

Popular Posts

WANT TO KNOW HOW CHAD TAKES HIS DIGITAL CARTOON CREATIONS AND GIVE THEM THAT 3D LOOK?

WANT TO KNOW HOW CHAD TAKES HIS DIGITAL CARTOON CREATIONS AND GIVE THEM THAT 3D LOOK?
Here Chad has created some training videos for you to download right to your computer so you can follow along to see how he goes about creating his cartoons! Take a look at the the preview videos above to get more information on what the training course is all about.

All Cekotet Freands

Google Website Translator Gadget