2010-09-19

Pelbagaikan cara kita membantu ekonomi rakyat Palestine .

/ On : 11:30 AM/ Terimakasih telah menyempatkan waktu untuk berkunjung di BLOG saya yang sederhana ini. Semoga memberikan manfaat meski tidak sebesar yang Anda harapakan. untuk itu, berikanlah kritik, saran dan masukan dengan memberikan komentar. Jika Anda ingin berdiskusi atau memiliki pertanyaan seputar artikel ini, silahkan hubungan saya lebih lanjut via e-mail di cekotet@yahoo.com.
Pelbagaikan cara kita membantu taraf ekonomi rakyat Palestin juga merupakan satu kewajipan kepada kita sesama muslimin . Mengapa kita suka sangat memaparkan wajah Palestin dengan keadaan yang daif, dalam sengsara peperangan sahaja. Media dunia selalu memberi berita kesengsaraan rakyat Palestin sahaja .

Tiada satu pun media yang mengajak kita supaya bagaimana untuk membantu tafar ekonomi rakyat Palestin itu sendiri. Cadangan cekotet agar marilah kita secara bermuafakat berurus niagalah di Negara Palestin ini, untuk permulaan paling tidak pun kita ambillah rakyat Palestin ini sebagai tenaga pekerja di Negara ini. Kita beri peluang kepada anak-anak muda Palestin dalam industri restauran halal kita, pembinaan, perkhidmatan dan pelbagai lagi supaya nanti mereka ini dapatlah mempelajari mengembangkan ilmu alam pekerjaan ini menjadi ilmu perniagaan mereka apabila mereka pulang ke Negara asal mereka nanti .

Daripada kita guna tenaga asing yang tiada berenovatif lebih baik kita tukar kepada rakyat Palestin ini yang lebih memerlukan perhatian dunia.Kita beli barangan, serta perkhidmatan mereka, kita berurus niaga dengan mereka, kita tukar tegnologi kita dengan mereka, kita beri mereka pelajaran supaya anak-anak Palestine ini akan menggantikan deligasi yang berwawasan serta dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka lantas dapatlah mengambalikan wajah peta Palestin itu sendiri.

Mulai dari ketika ini marilah kita sama-sama fikirkan bagaimana kita boleh terus berurusan dengan mereka tanpa ganguan dari sekatan-sekatan sosial politik dari Negara-Negara yang sememangnya musuh kita.Ahli bijak pandai inilah masanya kamu pergunakan ilmu yang kamu pelajari untuk menolong sesama muslimin, itu lebih baik sebagai bekalan akhirat jua.

Dalam segala bentuk perangsang kepada penambahbaikkan kepada ekonomi Negara, kita harus bentuk bersama-sama rakyat Palestin ini supaya kerjasama dua hala antara Negara dapat kita faedahnya bersama.Fikir-fikirkan lah .

0 comments:

Post a Comment

Share |

Popular Posts

WANT TO KNOW HOW CHAD TAKES HIS DIGITAL CARTOON CREATIONS AND GIVE THEM THAT 3D LOOK?

WANT TO KNOW HOW CHAD TAKES HIS DIGITAL CARTOON CREATIONS AND GIVE THEM THAT 3D LOOK?
Here Chad has created some training videos for you to download right to your computer so you can follow along to see how he goes about creating his cartoons! Take a look at the the preview videos above to get more information on what the training course is all about.

All Cekotet Freands

Google Website Translator Gadget