2010-10-04

Laungan takbir di kota Thessaloniki

/ On : 10:25 AM/ Terimakasih telah menyempatkan waktu untuk berkunjung di BLOG saya yang sederhana ini. Semoga memberikan manfaat meski tidak sebesar yang Anda harapakan. untuk itu, berikanlah kritik, saran dan masukan dengan memberikan komentar. Jika Anda ingin berdiskusi atau memiliki pertanyaan seputar artikel ini, silahkan hubungan saya lebih lanjut via e-mail di cekotet@yahoo.com.
25 September 2010 –


 Konvoi Kemanusiaan Global Lifeline for Gaza masih berkampung di pinggir bandaraya Thessaloniki (di utara semenanjung Greece) di perkarangan pusat sukan.Tepat jam 11.30 pagi, aktiviti konvoi ialah mengadakan kempen kesedaran Palestin dan Gaza di bandaraya. 


Perjalanan diiringi oleh kereta polis Greece sejauh lebih kurang 15 km. Sebagaimana yang dilakukan di bandar-bandar lain sebelum ini (di Perancis dan Itali) para sukarelawan menghidupkan hon kenderaan. Ambulans yang dipandu sukarelawan Itali dan Denmark akan menghidupkan siren, sambil sukarelawan yang lain menjenguk kepala keluar tingkap sambil mengibarkan bendera Palestin dan negara msaing-masing termasuk bendera Malaysia bagi sukarelawan Malaysia sambil menyerukan “Free Gaza”, “Viva Palestina” dan lain-lain.
Pemanduan mengambil masa hampir 40 minit untuk sampai di destinasi di kawasan lapang di tepi pantai (seumpama Padang Kota). Kemudian para sukarelawan berkumpul dan barsorak sambil merakamkan aksi-aksi semangat sukarelawan.
Ini adalah sebahagian kempen kesedaran kepada masyarakat Eropah. Mereka akan secara langdsng tahu apa yang berlaku, isu apa yang sedang dilaungkan. Ada yang bertanya-tanya, dan inilah masanya para sukarelawan akan menerangkan misi Lifeline to Gaza sambl mengedarkan poskad yang sering diterbitkan di dalam bahasa negara dimana kempen diadakan.
Bagi sukarelawan Malaysia yang buat pertama kali mengikuti konvoi darat, ia suatu yang menyentuh hati, mencabar logik. Bagaimana orang yang kelihatan asing terhadap isu Palestin, boleh berkorban masa, tenaga, wang ringgit, bersama-sama menjayakan misi ummah untuk membantu Gaza dan membebaskan Masjidil Aqsa dari taklukan Zionis durjana??
Allah jua yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Terbitan aqsasyarif .

0 comments:

Post a Comment

Share |

Popular Posts

WANT TO KNOW HOW CHAD TAKES HIS DIGITAL CARTOON CREATIONS AND GIVE THEM THAT 3D LOOK?

WANT TO KNOW HOW CHAD TAKES HIS DIGITAL CARTOON CREATIONS AND GIVE THEM THAT 3D LOOK?
Here Chad has created some training videos for you to download right to your computer so you can follow along to see how he goes about creating his cartoons! Take a look at the the preview videos above to get more information on what the training course is all about.

All Cekotet Freands

Google Website Translator Gadget